Deligasi USIM diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hishomudin Ahmad, Penyelaras Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (UPSH) bersama rombongannya iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Noor Saazai Mat Saad, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), YBrs. Dr. Anuar Hasin, Ketua Program, SM Pengajian Quran dan Sunnah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), YBrs. Dr. Sakinah Ahmad, Penyelaras Program Francais FPBU, YBrs. Dr. Mohd Nor Adzhar Ibrahim, Penyelaras Program Francais FPQS, dan Cik Husna Mohd Noor, Penolong Pendaftar Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Deligasi ini telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim, Timbalan Ketua Eksekutif (Akademmik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta beberapa orang pegawai KQT yang terlibat dalam pembangunan program francais ini.