Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 dan 2024

14 Oktober 2025 (Selasa) – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 dan 2024 bertempat di Dewan Sumai Jasa, Sumai Hotel & Apartment, di sini hari ini.
Majlis yang berkonsepkan hi-tea santai ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Eksekutif KQT, Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman, sebelum disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd.
Turut memeriahkan majlis ialah YB Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Wawasan Wibawa Sdn. Bhd.; YBhg. Dato’ Haji Husain bin Awang Dato’ serta Tuan Haji Mohd Badaruddin bin Ismail, yang turut hadir selaku Ahli Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan warga kerja KQT yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Seramai enam (6) orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 dan 2024.
Selain penyampaian anugerah, majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah, yang menambahkan suasana mesra dan ceria dalam kalangan warga KQT yang hadir.
Penganjuran majlis seperti ini diharap dapat menyuntik semangat serta motivasi kepada semua warga kerja KQT untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi dalam memartabatkan institusi pendidikan Al-Quran di negeri Terengganu.
Senarai Penerima APC 2023 :
1. Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Penerima: YM Syed Mohammad Fahmi bin Syed Hussin
2. Kumpulan: Akademik
Penerima: Mohd Khairul Najmi bin Abd. Rashid
3. Kumpulan Pelaksana
Penerima: Amirah binti Ibrahim
Senarai Penerima APC 2024 :
1. Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Penerima: Azrul Nazli bin Muhamad Saidi
2. Kumpulan: Akademik
Penerima: Nur Rashidah binti Ashaary
3. Kumpulan Pelaksana
Penerima: Fadhlul Rahman Khalili bin Abdul Aziz

Buletin KQT