Detik sejarah penuh debaran Majlis Imaratul Ilmi Ke-5 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Disember 2024 (Ahad) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Acara keramat yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merangkap Presiden Kolej Al-Quran Terengganu dijalankan dengan penuh gemilang.
Majlis turut disaksikan oleh YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd.), YB Haji Ahmad Shah bin Mohamed (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, teknologi dan Pembangunan Insan merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KQT), YB Dato’ Haji Azmi bin Mohd Daham (Pegawai Kewangan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd.) Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat bin Sulaiman (Ketua Eksekutif KQT), Ahli-ahli Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd., Ahli-ahli Lembaga Pengelola KQT, para pensyarah, graduan dan tetamu seisi dewan.
Majlis Imaratul Ilmi Ke-5 Kolej Al-Quran Terengganu meraikan seramai 47 orang graduan daripada program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (DTQQ), Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran (DTBQ) dan Diploma Pengajian Tafsir Al-Quran (DPTQ) serta 237 orang graduan program Pengajian Kulliyyah Al-Furqan.
Turut diraikan dalam majlis bersejarah ini ialah penerima Anugerah Presiden (Pingat Imam Al-Syatibi) iaitu Syed Ahmad Baihaqi bin Syed Khalea Kosam, Anugerah Ketua Eksekutif (Pingat Imam Ibn Kathir) iaitu Nur Iffah Solehah binti Sanusi, Anugerah Huffaz (Pingat Imam Ibn Al-Jazari); Muhammad Hafizulhakim bin Zan, Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran (Pingat Imam Al-Kisai); Munirah binti Mat Jusoh, Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (Pingat Imam ‘Asim Al-Kufi); Hajar Wadhihah binti Halmi, Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Pengajian Tafsir Al-Quran (Pingat Imam Al-Qurtubi); Nazihah binti Mohamad, Anugerah Program Al-Dirasat Al-Quraniyyah Kuliiyah Al-Furqan (Pingat Imam Ibn Al-Tohhan Al-Andalusi); Wan Rusli bin Wan Sulaiman dan Anugerah Program Al-Ulum Al-Quraniyyah Kulliyyah Al-Furqan (Pingat Syaikhah Ummu Sa’d Najm Al-Misriyyah); Rokiah binti Hassan.
Seluruh Jawatankuasa Majlis Imaratul Ilmi Ke-5 Kolej Al-Quran Terengganu dan warga kerja KQT merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Presiden atas penyempurnaan majlis yang menjadi kenangan terindah buat para graduan.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan dan penerima-penerima anugerah pada majlis kali ini.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.