Majlis Imaratul Ilmi Ke-6 Kolej Al-Quran Terengganu

Detik sejarah penuh debaran Majlis Imaratul Ilmi Ke-6 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Disember 2025 (Ahad) di Dewan Jubli Perak Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus Terengganu.
Acara keramat yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd.) dijalankan dengan penuh gemilang.
Majlis turut disaksikan oleh YB Haji Ahmad Shah bin Mohamed (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KQT), Ustaz Dato’ Husain bin Awang (Ahli Lembaga Pengarah), Haji Mohd Badaruddin bin Ismail (Penasihat Kewangan Mentri Besar Terengganu (Incorporated), Haji Saidi bin Salleh@Sulong (Timbalan Ketua Eksekutif Pengkorporatan dan Pembangunan yang menjalankan tugas Ketua Eksekutif KQT), Ahli-ahli Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn. Bhd., Ahli-ahli Lembaga Pengelola KQT, para pensyarah, graduan dan tetamu seisi dewan.
Majlis Imaratul Ilmi Ke-6 Kolej Al-Quran Terengganu meraikan seramai 50 orang graduan daripada program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (DTQQ), Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran (DTBQ) dan Diploma Syariah Islamiah (DPSI), Diploma Pengajian Tafsir Al-Quran (DPSI) serta 207 orang graduan program Pengajian Kulliyyah Al-Furqan.
Turut diraikan dalam majlis bersejarah ini ialah penerima Anugerah Presiden (Pingat Imam Al-Syatibi) iaitu Muhammad Hakimi bin Razali, Anugerah Ketua Eksekutif (Pingat Imam Ibn Kathir) iaitu Muhammad Ammar bin Othman, Anugerah Huffaz (Pingat Imam Ibn Al-Jazari); Muhammad Firdaus bin Mat Lawi, Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran (Pingat Imam Al-Kisai); Muhammad Ammar bin Othman, Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (Pingat Imam ‘Asim Al-Kufi); Nur Sofia Zahirah binti Mohd Azaha, Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Syariah Islamiah (Pingat Imam Al-Nawawi); Siti Sarah binti Daud, Anugerah Program Al-Dirasat Al-Quraniyyah Kuliiyah Al-Furqan (Pingat Imam Ibn Al-Tohhan Al-Andalusi); Encik Saidi Japri bin Jasman dan Anugerah Program Al-Ulum Al-Quraniyyah Kulliyyah Al-Furqan (Pingat Syaikhah Ummu Sa’d Najm Al-Misriyyah); Puan Hasmah binti A.Rahman.
Seluruh Jawatankuasa Majlis Imaratul Ilmi Ke-6 Kolej Al-Quran Terengganu dan warga kerja KQT merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat atas penyempurnaan majlis yang menjadi kenangan terindah buat para graduan.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan dan penerima-penerima anugerah pada majlis kali ini.

Buletin KQT