Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar (Peruntukan Zakat MAIDAM) daripada Dana Asy Syakirin 2, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) wilayah pantai timur

Khamis, 26 September 2024 telah berlangsungnya satu Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar (Peruntukan Zakat MAIDAM) daripada Dana Asy Syakirin 2, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) wilayah pantai timur.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama KQT ini menyaksikan penyampaian cek cura berjumlah RM 20 ribu kepada Kolej Al-Quran Terengganu bagi bantuan elaun sara hidup dan tunggakan yuran pengajian untuk 20 orang pelajar yang terpilih.

Pemangku Ketua Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu, Prof. Madya Dr. Mahyuddin Bin Hashim menerima penyampaian cek cura yang disampaikan oleh Encik Mohd Zubir bin Awang (Eksekutif Kebajikan Sosial, HR), Encik Mohd Sablie bin Shamsuddin (Eksekutif Kebajikan Sosial, Badan Kebajikan Islam Petronas Wilayah Pantai Timur), Encik Mohd Aidil Adha bin Tahir dan Encik Mohd Azizul Hisham.

Selain daripada penyerahan cek cura, pihak Dana Asy Syakirin 2 turut menyampaikan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ustaz Abu Hassan Basori bin Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Al-Quran & Kesejagatan Islam) dan Ketua-Ketua Bahagian Kolej Al-Quran Terengganu.

Buletin KQT