Mesyuarat Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu Kali Ke-1

Mesyuarat Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu Kali Ke-1 2024 telah berlangsung pada Ahad 22 September 2024.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Mesyuarat ini turut dihadiri ahli-ahli jawatankuasa lain iaitu Tuan Haji M. Rozi bin Bidin (Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu – JHEAT), Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd), Tuan Haji Zameran Bin Jusoh (Pengurus Bank Islam Cawangan Wilayah Timur) dan Pengurusan KQT yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mahyuddin Bin Hashim (Pemangku Ketua Eksekutif & Timbalan Ketua Eksekutif Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Buletin KQT