MoU antara Kolej Al-Quran Terengganu(KQT) bersama Al-Madinah International University(MEDIU)

Rabu, 19 Februari 2025 – Kolej Al-Quran Terengganu dan Al-Madinah International University (MEDIU) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara atas talian hari ini untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang akademik. Majlis ini diadakan melalui platform video Converence Zoom dan disaksikan oleh para wakil kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif – Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat bin Haji Sulaiman mengetuai pihak KQT dalam MoU ini dengan disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim (Timbalan Ketua Eksekutif HEPA), YM. Syed Muhammad Fahmi bin Syed Hussin (Penolong Pendaftar Akademik) dan Puan Wan Nor Irdahayu binti Wan Mohd Yusof (Pegawai Kewangan).

Dalam Majlis Menandatangani MoU ini, Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat bin Haji Sulaiman dan Prof. Madya Dr Mahyuddin bin Hashim adalah wakil daripada KQT, manakala dari pihak MEDIU diwakili oleh Dato’ Dr. Alhazmi Saeed Nowifea S. (Assistant to CEO) dan Prof. Dr. Abdi Omar Shuriye (Deputy CEO Academic Affairs, and Innovation).

Dalam MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam akademik termasuk latihan, penyelidikan dan pembangunan. Kerjasama ini diharapkan dapat membawa manfaat kepada kedua-dua pihak, serta memacu inovasi di Malaysia.

Majlis menandatangani MoU ini juga menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong inisiatif pembangunan pendidikan tinggi dan penyelidikan negara, serta memperkukuh hubungan dalam sektor akademik.

Buletin KQT