SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

31 Ogos 2025 – Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 berlangsung dengan penuh semangat patriotik dengan diserikan dengan Majlis Perarakan dan Perbarisan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta institusi pendidikan.
Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, dan dihadiri oleh barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan, dan ribuan rakyat dari seluruh negeri yang hadir untuk memeriahkan sambutan bersejarah ini.
Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) turut menyertai perarakan ini yang melibatkan pelajar-pelajar KQT sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan slogan kemerdekaan dengan penuh bersemangat. Kehadiran KQT bukan sahaja menyerlahkan semangat patriotik dalam kalangan institusi pengajian Islam, tetapi juga menunjukkan kesatuan pelbagai lapisan masyarakat dalam meraikan kemerdekaan negara.
Sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan “Malaysia Madani: Teguh Bersama Rakyat”, mencerminkan iltizam negara dalam memperkukuh perpaduan serta mengekalkan keharmonian pelbagai kaum dan agama.

Buletin KQT