Sejarah penuh gemilang Majlis Imaratul Ilmi Ke-4 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah tercipta dengan meriah dan jayanya pada 28 Januari 2024 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam.
Acara keramat ini disempurnakan pembukaannya oleh YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Wawasan Wibawa Sdn.Bhd KQT, disaksikan oleh YB Haji Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KQT, Ahli-ahli Lembaga Pengarah KQT, Ahli-ahli Lembaga Pengelola KQT, Pengurusan Tertinggi KQT, para pensyarah, graduan dan tetamu seisi dewan.
Majlis Imaratul Ilmi Ke-4 Kolej Al-Quran Terengganu meraikan seramai 81 orang graduan daripada program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (DTQQ) dan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab (DTQB), 422 orang graduan Kuliyyah Al-Furqan serta 3 orang Sijil Seni Kaligrafi Terengganu YDSM, KQT.
Turut diraikan dalam majlis gilang gemilang ini ialah penerima Anugerah Presiden, Siti Aisyah Humairah binti Johari, penerima Anugerah Ketua Eksekutif, Wan Khaulah Al-Azwar binti Wan Saifuldin, penerima Anugerah Imam al-Kisa’i, Nabil Maaruf bin Zaki, penerima Anugerah Imam ‘Asim Al-Kufi, Nurain Nabilah binti Rahmat serta penerima Anugerah Imam Ibn Al-Jazari, Muhamad Syahmi Aiman bin Mohd Rafi.
Manakala bagi penerima Anugerah Kuliyyah Al-Furqan ialah Mohd Abd Fazdil bin A.Razad dan Sukriah binti Ghazali.
Pihak Jawatankuasa Majlis Imaratul Ilmi Ke-4 Kolej Al-Quran Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Haji Satiful Bahari bin Mamat atas penyempurnaan majlis.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan dan penerima anugerah. Seluruh jawatankuasa memohon seribu kemaafan andai terdapat kekurangan serta kelemahan sepanjang pengendalian majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.