Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Kali ke-2 Kolej al-Quran Terengganu telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 7 September 2024 bagi meraikan pelajar yang khatam 30 juzuk al-Quran secara hafazan.
Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Haji Ahmad Shah bin Mohamed, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Al-Quran Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Negeri, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu.
Seramai 44 orang pelajar yang berjaya khatam telah diraikan dalam majlis yang sungguh indah dan meriah ini. Semoga pencapaian para pelajar pada majlis kali ini akan menjadi pemangkin semangat buat pelajar- pelajar lain untuk terus berusaha sekali gus berjaya khatam 30 juzuk hafazan sepanjang berada di bumi KQT.