Bahagian Kaunseling & Sahsiah Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah mengajurkan program ‘Jati Diri Huffaz Terbilang (Tahap 2), Pembangunan Sahsiah Quraniah’ terhadap pelajar KQT yang diadakan pada 12-14 September 2024 bertempat Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong Kemaman Terengganu.
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar membentuk serta meningkatkan tahap jati diri, motivasi dan sahsiah diri yang cemerlang. Program ini juga, mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan perkongsian yang baharu dalam pelajar menambah nilai dari pelbagai sudut pembelajaran melalui program yang dihadiri.
Pihak KQT mengucapkan ribuan terima kepada pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini dengan membawa visi dan misi yang sama dalam melahirkan generasi insan yang bersahsiah cemerlang.