Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KQT dengan WISE University Jordan

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dengan pihak World Islamic Science Education (WISE) Universiti, Jordan ini telah diadakan pada 17 Disember 2024 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 3.00 petang waktu tempatan bersamaan jam 10.00 pagi waktu Jordan.

Majlis yang dihadiri oleh pihak KQT yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman selaku Ketua Eksekutif, Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim selaku Timb. Ketua Eksekutif (Akademik & HEPA), En. Saidi bin Salleh @ Sulong selaku Timb. Ketua Eksekutif (Pembangunan & Pengkopratan), En. Abu Hassan Basori bin Abdullah selaku Dekan Pusat Pengajian Al-Quran dan Kesejagatan Islam, Cik Syahirah Salwa binti Md Harun selaku Penyelaras Jaminan Kualiti dan YM Syed Mohammad Fahmi bin Syed Hussin selaku Penolong Pendaftar (Pengurusan Akademik).

Manakala bagi pihak WISE diketuai oleh Prof. Dr. Jaafar Al-Fanatisah selaku Rektor WISE Universiti dan Prof. Dr. Samir Al-Hawariy selaku Timbalan Rektor WISE Universiti. Majlis yang dipengerusikan oleh Dr. Amjad Rashid selaku Dekan Fakulti Fiqh al-Syafe’i dari WISE Universiti ini juga turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Radzuwan bin Ab Rashid selaku Menteri Penasihat (Pendidikan), Education Malaysia Jordan yang berperanan sebagai perantara antara KQT dan WISE Universiti.

Majlis bermula dengan ucapan aluan dari Rektor WISE Universiti seterusnya ucapan balas dari Ketua Eksekutif KQT dan berakhir dengan menandatangani draf perjanjian antara kedua-dua belah pihak. Semoga dengan adanya kerjasama ini dapat mengembangkan lagi misi dan visi KQT sekaligus dapat memberi impak yang positif kepada institusi pendidikan negara khususnya dalam bidang Al-Quran.

Buletin KQT