Kunjungan Hormat KQT Ke Atas Ketua Polis Negeri Terengganu

7 Oktober – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negeri Terengganu pada pagi ini, jam 9.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara KQT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Terengganu, khususnya dalam aspek pembangunan ilmu-ilmu berteraskan Al-Quran.
Delegasi KQT diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat bin Sulaiman (Ketua Eksekutif KQT), bersama-sama Tuan Haji Saidi bin Salleh@Sulong (Timbalan Ketua Eksekutif Pembangunan dan Pengkorporatan), YM Puan Syarifah Rahimah binti Tuan A. Rahman (Pengarah Institut Al-Quran), Cik Nuratiqah binti Rusdi (Penolong Pendaftar Bahagian Korporat dan Promosi) serta Puan Aqila binti Ayoub (Penolong Pegawai Tadbir Korporat dan Promosi).
Ketibaan delegasi KQT telah disambut oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin (Ketua Polis Negeri Terengganu), bersama barisan pengurusan kanan PDRM Terengganu iaitu YDH ACP Mohd Ashraf bin Ali Kutty (Ketua Cawangan Khas), YDH SUPT Hasmerra bin Hassan (Ketua Jabatan Pengurusan), serta YDH SUPT Suzalani bin Shafie (Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard).
Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak berpeluang berkongsi pandangan serta membincangkan potensi kerjasama yang boleh dirangka demi manfaat bersama, terutamanya dalam memupuk nilai-nilai murni, disiplin, dan pembangunan modal insan berteraskan Al-Quran.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan serta permulaan hubungan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Buletin KQT