9 Oktober 2025 (Khamis), telah berlangsung Sesi Libat Urus Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) bersama Penyelia-Penyelia DUN, Institut Modal Insan Terengganu (IMITS) di Bilik Mesyuarat Utama, Kolej Al-Quran Terengganu.
Sesi libat urus ini dimulakan dengan ucapan Aluan daripada Prof. Madya Dr. Wan Mat Bin Sulaiman, Ketua Eksekutif, Kolej Al-Quran Terengganu. Beliau menzahirkan harapan supaya terjalin kerjasama yang lebih erat dalam usaha memperkembangkan institusi pendidikan di Terengganu.
Sesi pengenalan berkaitan pengajian kulliyyah al-furqan iaitu program pembelajaran sepanjang hayat oleh KQT juga diberi penerangan secara terperinci oleh Ustaz Mohd Khairul Najmi Bin Abd Rashid, Penyelaras Unit Kulliyyah Al-Furqan, Institut Al-Quran, KQT.
Diharapkan melalui sesi ini kerjasama dan kolaborasi melalui peringkat DUN bersama penyelia-penyelia IMITS dapat dijalin bagi memperkukuh agenda pembangunan modal insan berteraskan al-Quran di Negeri Terengganu.
Sesi libat urus ini turut dihadiri oleh pihak KQT Haji Saidi Bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Eksekutif, Pembangunan & Pengkorporatan dan YM Syarifah Rahimah Bin Tuan A. Rahman. Manakala Wakil Pengurusan IMITS di ketuai oleh Puan Faridah Omar, Penolong Pengarah Unit Perancangan Strategik, Encik Omar Mokhtar Bin Mohd Nor, Pegawai Seranta Unit Perhubungan Korporat & Tugas-Tugas Khas, dan Cik Intan Zulaika Binti Rahimi, Pegawai Seranta Unit IT &Media Baharu Perancangan Strategik.