29 Oktober 2025 – Alhamdulillah, Ceramah Kecemerlangan Pelajar bagi menghadapi peperiksaan tahun 2025 telah disampaikan oleh Ustaz Salman bin Moktar, Pensyarah Kolej Al-Quran Terengganu, kepada semua pelajar Pondok Darul Iman (Banin) yang berjumlah 96 orang.
Dengan tajuk yang penuh makna, “Hamba Allah yang Berjaya”, Ustaz Salman menekankan tiga kunci utama kejayaan seorang pelajar mukmin iaitu ilmu, amal dan adab.