Program Post SPM 3D Di Maahad Tahfiz Asy-Syatibi

2 November 2025 – Program Post SPM 3D telah berlangsung di Maahad Tahfiz Asy-Syatibi, Bukit Payung atau nama baharunya Sekolah Menengah Agama (Tahfiz) Asy-Syatibi, yang dianjurkan oleh Bahagian Korporat & Promosi Kolej Al-Quran Terengganu (KQT).

Program ini dihadiri oleh 68 pelajar, termasuk pelajar Tingkatan Lima, dengan tujuan memberikan pendedahan berkaitan program pengajian yang ditawarkan di KQT serta pengenalan ringkas mengenai proses permohonan melanjutkan pengajian selepas peperiksaan SPM.

Slot program ini telah dikendalikan oleh Cik Nuratiqah Binti Rusdi, Penolong Pendaftar, Bahagian Korporat & Promosi, dan Puan Nor Ma’arifati Binti Ramli, Pegawai Psikologi KQT. Sesi perkongsian berakhir dengan penyerahan cenderahati oleh pihak KQT kepada Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani, Mudir Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

Buletin KQT