3 November 2025 – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Hospital Sultanah Nur Zahirah, YBrs. Dr. Saifur Rahman bin Muhammad, bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama antara kedua-dua institusi.
Delegasi KQT diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu, bersama Encik Saidi Bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan & Pengkorporatan), Encik Abu Hassan Basori Bin Abdullah Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta beberapa pegawai kolej daripada Institut Al-Quran dan Bahagian Korporat dan Promosi.
4. Pelaksanaan aktiviti promosi dengan kolaborasi bersama.
Dalam sesi perbincangan tersebut, YBrs. Dr. Saifur Rahman turut menekankan kepentingan Program Mesra Ibadah yang telah dijalankan oleh pihak hospital. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada pesakit serta kakitangan hospital mengenai pelaksanaan ibadah ketika sakit, termasuk panduan menunaikan solat dalam keadaan uzur.
Menurut beliau, inisiatif seperti ini amat penting bagi memastikan para pesakit terus dapat melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna walaupun dalam keadaan terbatas.
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman menzahirkan penghargaan kepada pihak HSNZ atas sambutan yang amat baik terhadap usaha kerjasama ini.
Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman memaklumkan bahawa beberapa inisiatif bersama akan dirangka bagi merealisasikan kerjasama strategik ini. Program tersebut akan disusun mengikut keperluan kedua-dua pihak dan dijangka memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.