Kunjungan Hormat KQT ke TI Properties

20 Mei 2026- Telah berlangsung kunjungan hormat Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) ke TI Properties pada hari ini bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan usaha memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pembangunan pendidikan, pemerkasaan institusi serta pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada para pelajar KQT.
Delegasi KQT diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman bersama barisan pengurusan KQT. Pihak KQT turut merakamkan penghargaan kepada pihak TI Properties atas kesudian menerima kunjungan ini yang diwakili oleh En. Awasi Mohamad selaku Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties, YM Raja Zirwatul ‘Adawiah Raja Ibrahim selaku General Manager Operation TI Properties serta Pn. Farhana Nabila Mohamad Yunus, Manager Corporate Innovation & Strategy TI Properties.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat demi pembangunan pendidikan, kebajikan pelajar serta pemerkasaan agenda al-Quran di Negeri Terengganu.

Buletin KQT